Berita YP

utkanakyatim

Selaras dengan moto Yayasan PERAMAH iaitu “Ukhuwah Dibina, Ilmu Ditimba, Kebajikan Dicakna”, maka aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah tertumpu kepada ketiga-tiga aspek tersebut. Aktiviti “cakna” Yayasan PERAMAH diharapkan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua pihak yang meliputi cakna kepada Sahabat PERAMAH, guru, sekolah dan juga masyarakat umum.

Sehingga kini, beberapa aktiviti “cakna” ini telah berjaya disempurnakan dengan suasana yang santai, meriah dan harmoni, iaitu:

1) Majlis Aidilfitri Ukhuwah Perantau – 15 Sept 2012

2) Majlis Asyura Ikatan Ukhuwah 2012 (KAWAH 2012) – 25 Dis 2012

3) Pertandingan Boling Tautan Ukhuwah – 24 Feb 2013

4) Bengkel Pemantapan Redaksi (Asas Fotografi, Penulisan dan Pengendalian blog dan website) – !0 Mac 2013

5) Pelancaran kutipan untuk sumbangan pembelian tanah wakaf untuk sekolah MML

6) Aktiviti ziarah dan sumbangan kepada bekas guru MM yang keuzuran dan kematian

7) Kutipan derma untuk masjid al-Aqsa, Palestin.

Yayasan PERAMAH, dengan kerjasama para sukarelawan PERAMAH dan juga sokongan padu sahabat PERAMAH,  akan terus merangka pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk kebaikan bersama.