Sahabat Peramah Menunaikan Umrah

Seramai 35 orang rombongan Sahabat Peramah dan ahli keluarga masing-masing berangkat ke kota suci Mekah hari ini 15 Dis 2014 untuk mengerjakan ibadat Umrah, anjuran bersama YP dan Flynas Airways. Sama-sama kita doakan mereka pergi dan kembali dengan selamat dan semua urusan dipermudahkan Ilahi. Ameen.

Sebahagian tetamu Allah sempat bergambar bersama MB sebelum berangkat ke Tanah Suci seketika tadi. Mereka bakal berangkat jam 2.30pm nanti menerusi penerbangan Flynas.

Alhamdulillah. Ceria wajah para tetamu Allah di tanah suci dalam misi Umrah bersama Yayasan Peramah 2014. Umrah yang mabrur, Ameen.