
Bantuan Covid-19 di Sabah
Pengerusi CONCERN, Haji Sainuri Yahmin (juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM) dan juga pengerusi CONCERN (Gabungan NGO-Islam Sabah) bersama barang-barang keperluan yang bakal disumbangkan kepada mereka yang kurang bernasib baik di sekitar Kota Kinabalu. Setiap bungkusan berupa barang2 keperluan bernilai RM50 dikhaskan kepada mereka yang berada di kawasan PKP akibat Covid -19.

Misi Sumbangan Rintihan Gaza 2.0
Misi Sumbangan Rintihan Gaza 2.0, anjuran Yayasan Peramah. Sumbangan bolehlah disalurkan kepada nombor akaun YP yang tertera. Sesungguhnya sesusah manapun kita akibat kesan pandemik Covid-19 ini, tetap tak akan terbanding dengan penderitaan mereka di sana. Ramai yang hilang tempat tinggal, jika ada pun, yang tinggal hanyalah serpihan rumah tanpa atap, tanpa bilik, jauh sekali kemudahan …

Infak Ramadhan 2020
Misi infak Ramadhan 2020 bersama Yayasan Peramah. Sumbangan diagihkan dalam bentuk makanan asasi ataupun keperluan lain yang bersesuaian seperti iftar kepada mereka yang memerlukan melalui wakil-wakil sukarelawan di kalangan sahabat-sahabat Yayasan Peramah. Jazaakumullahu khaira. Ameen. #caknaKebajikanYP#yayasanperamah

Ziarah Mahabbah Ramadhan 1440H / 2019
Sekitar Ziarah Mahabbah 2019 untuk sumbangan Ramadhan kepada asnaf di sekitar Puchong pada 11 May 2019 yang lalu. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan menyumbang untuk misi ini.Jazaakumullahu khaira. #caknaKebajikanYP

Cakna Kebajikan YP 2018
10 Mac 2018 (Sabtu): Sumbangan makanan dan “comforter” untuk 30 keluarga asnaf dengan kerjasama Yayasan Peramah dan NGO Warga Kilang di sekitar Besut/Setiu. Alhamdulillah. #caknaKebajikanYP#aktivitiYP

Majlis Iftar Bersama Asnaf
Berita YP: Majlis Iftar bersama asnaf (ibu tunggal dan anak-anak Yatim) di Surau Raudhah, Putra Heights pada 2 Jun 2017 yang lalu. Seramai 50 orang asnaf telah menerima sumbangan duit raya dan juga baju raya pada majlis ini hasil sumbangan dari YP dan juga para penyumbang-penyumbang dermawan melalui kempen yang telah dilancarkan oleh pelajar-pelajar Kolej …

Aktiviti Sumbangan Ramadhan YP 2016
Info Aktiviti YP: Aktiviti-aktiviti sumbangan untuk Asnaf seperti muallaf, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim golongan susah, melalui tabung kebajikan Yayasan Peramah, hasil sumbangan sahabat-sahabat PERAMAH, sepanjang Ramadhan 2016 ini. Sumbangan diagihkan dalam bentuk kotak sumbangan barangan makanan keperluan seperti beras, tepung, minyak dan sebagainya dan juga dalam bentuk wang sumbangan, dengan kerjasama pihak-pihak unit amal …

Tazkirah Ramadhan
Lima bentuk pengampunan dosa pada bulan Ramadhan daripada Hadis Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan yang pernah dicipta oleh Allah sehingga di dalamnya terdapat sekian ribu malah jutaan kelebihan yang tidak akan kita dapati pada masa dan bulan-bulan yang lainnya. Antaranya termasuklah tawaran pengampunan dosa yang Allah janjikan melalui jaminan hadis daripada rasul-Nya Muhammad SAW. Mari …

Program retreat Sukarekawan Yayasan Peramah (SUP)
Program retreat Sukarekawan Yayasan Peramah (SUP) bersama ahli keluarga telah berlangsung dengan jayanya pada 7-8 Mac 2015, di D’Ark Resort, Janda Baik. Beberapa aktiviti anjuran YP juga sedang diatur demi meneruskan misi dan visi YP. In sya Allah. YP: Ukhuwah dibina, Ilmu ditimba, Kebajikan dicakna… #yayasanPeramah

Penyerahan Sumbangan Wang Tunai
Penyerahan sumbangan wang tunai untuk pelajar yang kurang mampu di MMP. Sumbangan wang tunai ini telah diserahkan kepada pihak sekolah MMP oleh Timbalan Pengarah YP Puan Dr. Siti Zubaidah Ismail, mewakili pihak YP. Ini pula sumbangan wang tunai daripada YP untuk asrama lelaki MML yang telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 31 Jan 2015, oleh …