Aktiviti Sumbangan Ramadhan YP 2016

Info Aktiviti YP:

Aktiviti-aktiviti sumbangan untuk Asnaf seperti muallaf, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim golongan susah, melalui tabung kebajikan Yayasan Peramah, hasil sumbangan sahabat-sahabat PERAMAH, sepanjang Ramadhan 2016 ini.

Sumbangan diagihkan dalam bentuk kotak sumbangan barangan makanan keperluan seperti beras, tepung, minyak dan sebagainya dan juga dalam bentuk wang sumbangan, dengan kerjasama pihak-pihak unit amal syarikat korporat dan sukarelawan lain yang sama-sama menjayakan misi sumbangan di bulan Ramadhan ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan semua pihak yang menjayakan misi ini. Jazaakumullah khairan katheera.

#caknakebajikanYP