Majlis penyampaian sumbangan kepada muallaf dengan kerjasama YP dan pejabat agama daerah Kuala Krai telah disempurnakan pada 20 Julai 2014 baru-baru ini.
Wakil YP, iaitu Tuan Hj Naim Md Ghazali telah hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada lebih kurang 40 orang muallaf. Sama-sama kita doakan agar kita semua dan juga saudara baru kita ini kekal dalam keimanan hingga akhir hayat.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang telah terlibat menjayakan majlis ini.
Jazaakumullah khairan katheera.


