Pada 12 Julai 2014 yang lalu, majlis Iftar Yayasan Peramah bersama Asnaf telah diadakan di Surau Raudhah, AnsarComp, Putra Heights. Majlis ini dimulai oleh tazkirah oleh Ustaz Hassan Basri pada jam 6.15 petang. Kemudiannya, majlis disusuli dengan ucapan ringkas Timbalan Pengarah YP iaitu Dr Siti Zubaidah, bagi mengalu-alukan kehadiran para asnaf yang terdiri dari 10 orang ibu tunggal dan juga 40 orang anak-anak yatim.
Seterusnya majis meneruskan acara pembahagian zakat (duit raya) kepada para asnaf. Yayasan Peramah telah memperuntukkan sebanyak RM1000 untuk agihan zakat kepada setiap asnaf yang telah dijemput hadir. Para asnaf tersebut adalah dipilih sekitar dari Kg Bukit Jawa, Shah Alam dan juga Kg Bukit Tengah, Puchong, berhampiran Putra Heights.
Setelah berbuka puasa ringkas dan solat maghrib berjemaah, para hadirin telah menjamu selera dengan jamuan yang telah disediakan oleh restoran Maidah Cuisine. Pihak Urusetia YP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang zakat dan juga sumbangan jamuan iftar dan juga kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan ianya dikira sebagai amal bakti yang mendapat ganjaran sebaiknya dari Ilahi.











