Berdasarkan motto ilmu ditimba Yayasan PERAMAH telah memberikan sumbangan dana kepada SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat bagi mengadakan program pemantapan sahsiah dan jati diri, yang bertempat di Perkasa Resort, Bachok, Kelantan. Kem Pemantapan Sahsiah & Jati Diri 2014 ini telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 31 Mei 2014 hingga 3 Jun 2014. Pelbagai aktiviti dan ceramah telah diatur oleh para guru dan Alumni sekolah ini.
Yayasan PERAMAH telah berbesar hati menaja keseluruhan program. Salah seorang dari SUP Yayasan Peramah iaitu Puan Dr Sakinah Salleh turut menyumbang menyampaikan motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada penghujung tahun ini. Harapan Yayasan PERAMAH agar program dan sumbangan yang diberikan dapat membantu para pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang dan satu masa nanti mereka pula dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan tanahair.
