Maklumat Mengenai Yayasan PERAMAH

YP-mahabbahPihak urusetia Yayasan PERAMAH (YP) ada menerima maklumat bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai YP.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai YP, seharusnya dirujuk kepada sumber-sumber rasmi YP seperti website YP, FB Page YP, Video Korporat YP dan sebagainya. Lebih elok lagi sekiranya bertanyakan terus kepada Sukarelawan YP.

YP berharap semua bekas pelajar MM dapat bersama-sama menyokong dan mendokong YP. Namun begitu, YP tidak pernah dan tidak akan sama sekali menghalang mana-mana bekas pelajar MM untuk terlibat dengan mana-mana persatuan dan organisasi lain selain daripada YP.

YP melihat kewujudan kepelbagaian platform untuk bekas pelajar, sebagai sesuatu yang positif bagi memberi ruang dan peluang yang lebih luas kepada bekas pelajar Maahad Muhammadi, untuk sama-sama terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dan amal soleh. Dengan kata lain, YP berpendapat aktiviti ukhuwah dan kebajikan sebegini tidak seharusnya terikat dengan satu platform sahaja kerana ini bakal menyekat kreativiti bekas pelajar serta menyukarkan mereka untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Tambahan pula lepasan Maahad Muhammadi terdiri daripada pelbagai “batch” sejak puluhan tahun lalu dan tinggal di lokasi yang berbeza.

Sejak dari awal, in sya Allah YP akan terus mencuba untuk mewujudkan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan di dalam usaha merealisasaikan objektif penubuhan YP mengikut kemampuan dan kesesuaian YP.

Salam hormat,

Urusetia Yayasan Peramah.