Pada 14 Jun 2014 yang lalu, sebahagian Sukarelawan Peramah (SUP) telah mengadakan aktiviti rehlah bersama keluarga di Ulu Yam, Selangor.
Aktiviti ini berjaya dianjurkan pada tarikh tersebut setelah beberapa kali percubaan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk semua dapat berkumpul tidak dapat dibuat sejak awal tahun 2014, disebabkan kekangan masa para SUP.
Walaupun semua SUP tidak dapat hadir, namun aktiviti rehlah ini telah berlangsung dengan meriah sekali dengan gelak tawa anak-anak yang begitu seronok bermain air dan bermandi-manda di kawasan perkelahan yang damai itu.
Jamuan secara potluck dan juga bbq ternyata memeriahkan lagi suasana rehlah ini. Semoga dengan aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi tautan ukhuwah sesama SUP dan juga ahli keluarga.










