ATURAN FB Group Yayasan PERAMAH (V1)

Aturan FB GROUP ini dibuat mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh pihak urusetia Yayasan PERAMAH untuk memastikan FB Group ini diurus selia dengan lebih tersusun. Semua Sahabat PERAMAH diharapkan dapat memberi kerjasama untuk mematuhi aturan FB Group ini terutamanya berkenaan dengan kandungan-kandungan yang tidak dibenarkan di”post” ke FB Group PERAMAH ini.

SASARAN FB GROUP

FB Group ini adalah khusus untuk semua bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Pengkalan Chepa dan Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan serta sesiapa yang berkaitan dan yang dikenal pasti sahaja.

Semua bekas pelajar dialu-alukan menjemput rakan FB serta kenalan masing-masing untuk menyertai FB Group ini.

Namu begitu penyertaan ke FB Group ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak admin Yayasan PERAMAH (YP) terlebih dahulu, kerana FB Group ini berkonsepkan “closed group”.

Nama rasmi FB Group ini adalah: PERANTAU MAAHAD MUHAMMADI (PERAMAH)

Pautan ke FB Group: https://www.facebook.com/groups/exmmkl/

 

OBJEKTIF

1) Menjadi wadah yang memberi manfaat kepada semua sahabat PERAMAH dengan pelbagai kandungan santai, ilmiah, dakwah, kebajikan dan sebagainya.

2) Sebagai salah satu wadah di alam maya untuk merapatkan ukhuwah fillah sesama sahabat PERAMAH dan juga sukarelawan PERAMAH tanpa batas sempadan tempat dan masa.

3) Menjadi saluran utama untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti PERAMAH dengan lebih cepat dan mudah.

4) Sebagai saluran utk sahabat PERAMAH bertukar-tukar pandangan dan mengemukakan pendapat yang berguna kearah memantapkan lagi Yayasan PERAMAH demi kebaikan bersama.

 

KANDUNGAN YANG DIBENARKAN

a) Post umum mengenai perkembangan terkini Yayasan PERAMAH seperti aktiviti-aktiviti yang telah atau bakal dijalankan dan sebagainya.

b) Post mengenai kebajikan Sahabat PERAMAH, ahli keluarga serta bekas guru MM seperti pengumuman sakit atau kematian, sumbangan dana, kutipan derma dan sebagainya.

c) Post berkenaan apa-apa subjek umum atau khusus yang dapat memberi manfaat kepada semua.

d) Post mengenai pendapat / cadangan / komen membina dari ahli ke arah memantapkan lagi Yayasan PERAMAH

e) Lain-lain post yang difikirkan berkenaan sahaja (di bawah pemantauan pihak admin FB Yayasan PERAMAH)

 

KANDUNGAN YANG TIDAK DIBENARKAN

a) Iklan-iklan perniagaan (kecuali yang telah mendapat kebenaran pihak admin atau melalui saluran RNP). Buat masa ini, sebarang iklan perniagaan yang tidak mendapat kebenaran, akan dipadamkan oleh pihak admin tanpa sebarang notis.

b) Sebarang post yang boleh menjatuhkan maruah mana-mana individu.

c) Sebarang kenyataan yang tidak berakhlak dan mempunyai unsur-unsur negatif/lucah dan sebagainya.

d) Sebarang perkongsian gambar-gambar yang tidak menutup aurat serta yang menjolok mata.

e) Sebarang perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

f) Lain-lain post yang difikirkan tidak sesuai untuk tatapan semua, dan admin berhak untuk menghapuskan (delete) post tersebut tanpa sebarang notis.

g) Sebarang post milik persatuan atau pertubuhan lain yang tidak ada kaitan dengan Yayasan PERAMAH (kecuali mendapat kebenaran melalui pihak FB admin/urusetia YP terlebih dahulu) untuk mengelakkan sebarang perbincangan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak berlaku di dalam FB Group Yayasan PERAMAH.

Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai FB Group Yayasan PERAMAH ini, sila email ke info@yayasanperamah.org.

Salam hormat,
Urusetia YP