Yayasan PERAMAH akan memaparkan buku-buku ilmiah yang sesuai dibaca untuk menambahkan lagi kefahaman tentang Deen Islam yang syumul. Buku-buku ini adalah dipilih daripada penulis-penulis yang sahih yang bersandarkan hujah-hujah dan kupasan yang sahih.
Untuk siri kali ini, YP memperkenalkan buku berikut:
Judul: “Al Firqotun Najiyah – Jalan Hidup Golongan yang Selamat”.
Penulis: Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu
Ulasan: Buku ini membahas berbagai permasalahan penting yang berisi ajakan kepada kaum muslimin untuk bertauhid secara murni dan menjauhkan diri dari kesyirikan-kesyirikan yang banyak tersebar di negara-negara Islam. Buku ini juga menjelaskan manhaj golongan yang selamat iaitu satu golongan yang akan ditolong oleh Allah seperti yang dikhabarkan oleh hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w.
Harga: RM15.00 (khas untuk Sahabat PERAMAH sahaja) / RM17.00 (untuk orang awam), tidak termasuk harga pos.
Sebanyak RM5.00 / RM7.00 akan disumbangkan ke tabung Yayasan PERAMAH untuk setiap pembelian buku ini.
Sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini, sila email ke info@yayasanperamah.org
Terima kasih.
Pihak Urusetia
RNP, YP.
