Ramadhan Bersama Huffaz

MT3

MT10

Ramadhan Mubarak buat semua!

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan 1434H bersamaan 2013 ini, Yayasan PERAMAH telah mengambil satu lagi inisiatif dengan menganjurkan program RAMADHAN BERSAMA HUFFAZ pada 13 dan 21 Julai 2013 yang lalu. Pihak YP telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang, 36 paket beras (360 kg), kurma dan juga beberapa naskhah Al Quran kepada dua buah Maahad Tahfiz kelolaan bekas pelajar Maahad Muhammadi iaitu Maahad Tahfiz Az Zahran, Paya Jaras Selangor dan Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Beberapa orang wakil YP telah hadir meluangkan masa dalam majlis iftar bersama pelajar-pelajar tahfiz tersebut. Juadah Iftar adalah sumbangan daripada Sahabat -sahabat Peramah.

YP mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis ini.

 

Nota: Sila klik di sini untuk video aktiviti YP setakat ini, termasuk aktiviti Ramadhan Bersama Huffaz ini.