Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal

YP-anakyatim2 Ahamdulillah, pada 27 Julai yang lalu, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal telah dilaksanakan anjuran bersama Yayasan Peramah dan salah seorang Sahabat PERAMAH yang bertempat di surau Raudhah, Putra Heights.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang anak yatim dan 8 orang ibu tunggal serta beberapa orang wakil dari sukarelawan PERAMAH. Mereka tinggal sekitar Kampung Jawa, Shah Alam dan juga Kg Tengah, Puchong.

YP-hjkimiee

 

Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang telah dimulakan dengan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Timb. Pengerusi Yayasan PERAMAH iaitu Hj Ab. Hakimee bin Abdullah. Majlis disusuli dengan acara penyampaian duit raya, berbuka puasa dan solat jamaah Maghrib dan diakhiri dengan hidangan makan secara buffet.

YP-anak yatim

 

Moga-moga akiviti sebegini dapat memberi keinsafan kepada kita dan kegembiraan kepada anak-anak yatim serta ibu-ibu tunggal yang telah kehilangan orang-orang yang mereka sayangi.

Sila layari video sekitar majlis ini di sini:
https://yayasanperamah.org/?page_id=847

 

Moga mendapat keberkatan daripada Ilahi.

Salam hormat,
Urusetia Yayasan Peramah
@YayasanPeramah