Alhamdulillah pada 20 Julai 2013 yang lalu, pihak YP telah memberi sedikit sumbangan wang kepada Muhammad Hazmi bin Mustafa (SPM batch 2005) bagi membantu beliau menyambung pelajarannya di peringkat ijazah Sarjana Muda di Amman Jordan. Beliau tidak mendapat mana-mana bantuan dan hanya bergantung harap sepenuhnya kepada ibubapanya. Beliau kini adalah pelajar tahun 1 dan berhasrat untuk menyambung pengajiannya di sana dan mengharapkan kesudian bantuan derma dan zakat dari mana-mana pihak. Moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau meneruskan pengajiannya di sana. Ameen, InsyaAllah.
