Bengkel Pemantapan Redaksi

redaksi2

Pihak PERAMAH bercadang untuk mengadakan bengkel pemantapan redaksi termasuk sesi asas fotografi, teknik penulisan blog dan pengendalian website / blog (tahap asas) yang dijadualkan seperti maklumat yang berikut:

Tarikh : 10 Mac 2013 (Ahad)

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m
Tempat : AnsarComp, Itqan Training Centre, No 32 – 2, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Heights, 47650 Subang Jaya.

Antara objektif bengkel ini:
1)Mempelajari teknik mengambil foto yang menarik tanpa penggunaan kamera yang canggih.
2)Meningkatkan teknik dan kemahiran dalam penulisan blog.
3)Mendapatkan kemahiran untuk membangunkan dan mengendalikan blog.

Kepada Sahabat PERAMAH yang berminat, mohon daftar nama anda di sini atau hantarkan e-mel kepada peramah12@gmail.com sebelum 25 Februari 2013.

Peserta bengkel juga perlu membawa peralatan yang berkaitan (cth: kamera, komputer peribadi dll). Penyertaan adalah PERCUMA dan tempat adalah terhad.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMBINA KEMAHIRAN DIRI SECARA PERCUMA KHUSUS UNTUK SAHABAT PERAMAH.

Di PERAMAH, UKHUWAH DIBINA, ILMU DITIMBA DAN KEBAJIKAN DICAKNA

Terima kasih.