Insya Allah, PERAMAH akan menganjurkan aktiviti PERLAWANAN BOLING TAUTAN UKHUWAH sebagaimana yang berikut:
Tarikh : 24 Februari 2013
Masa : 2.30 – 5.30 pm
Tempat : Selayang Bowl, Selayang Mall
Perlawanan ini terbuka kepada semua Sahabat Peramah (SAP) dan juga pasangan. Pasangan SAP dibenarkan untuk bergabung dengan mana-mana pasukan mengikut tahun (batch) SPM SAP.
Perlawanan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Lelaki dan Perempuan. Setiap “Batch” bebas untuk menghantar jumlah pasukan masing-masing.
Syarat-syarat penyertaan:
1) Setiap pasukan yang terdiri daripada empat (4) orang akan dikenakan bayaran sebanyak RM120. Setiap peserta akan bermain tiga (3) perlawanan.
2) Kasut disediakan dan setiap peserta perlu membawa stoking sendiri.
3) Hadiah disediakan untuk kategori yang berikut:
i. Pemain terbaik (lelaki dan wanita)
ii. Pasukan terbaik (lelaki dan wanita)
iii. Pasukan tercorot (Raja/Ratu Longkang)
4) Penyertaan perlu dimaklumkan selewat-lewatnya pada 17 Februari 2013.
Walaupun acara ini dibuat dalam bentuk pertandingan, tetapi objektif utamanya adalah untuk merapatkan lagi ikatan ukhuwah sesama SAP. Semoga semangat dan ruh yang terbina atas ukhuwah yang makin menebal ini dapat kita salurkan kepada usaha yang lebih bermakna untuk kebaikan bersama.
Di PERAMAH, Ukhuwah dibina, Ilmu dibina, Kebajikan dicakna

