Coretan Sekitar Majlis Asyura Ikatan Ukhuwah 2012 (KAWAH)

semua

                                        

Awal kalam dengan  lafaz  mulia

Semoga  hidup diwarnai  barakah

Telah berakhir satu acara                                                

Yang dianjurkan oleh PERAMAH                                       

 

Sahabat taulan berpuas hati

Bertemu mata membawa juadah

Pertemuan kita dirakam di sini

Agar menjadi kenangan terindah

Idea Majlis Asyura Ikatan Ukhuwah 2012 (KAWAH) ini pada awalnya adalah cadangan daripada Dr. Siti Zubaidah Bt Ismail (yang akhirnya dilantik sebagai Pengarah Program) dan beberapa Sukarelawan Peramah yang lain. Bagi memastikan hasrat ini menjadi realiti, perbincangan demi perbincangan diadakan sehingga terbentuknya satu group FB yang dinamakan “SUKARELAWAN SURO” hasil inisiatif saudara Abd Aziz Bin Mohamad.

mam wanyPerancangan majlis KAWAH ini kebanyakannya dilakukan secara maya termasuklah perlantikan jawatan kuasa, pemilihan tarikh, penetapan tempat, dan sebagainya. Beberapa sesi perbincangan di luar FB juga dibuat, dan mesyuarat terakhir pada ialah pada 14 Disember 2012 bertempat di rumah Pn. Noor Zahrawany Bt Salleh. Perbincangan akhir ini lebih kepada pembahagian tugas secara spesifik  kepada sukarelawan yang tertentu, untuk mengambil  tanggungjawab menyediakan segala keperluan peralatan dan ramuan untuk Suro.

Kami amat bertuah kerana mendapat khidmat Master Chef yang sangat berpengalaman  dalam menyediakan satu resipi Suro yang enak dan lazat, iaitu ibu kepada Puan Noor Zahrawany bt Salleh. Beliau telah dilantik dengan rasminya sebagai ketua tukang masak yang dibantu oleh Pn Nor Zahrawany. Atas kepakaran dan nasihat beliau yang lebih mesra dipanggil Mama, beberapa ketetapan bahan-bahan yang diperlukan telah disiapkan sewajarnya. Pn AyuMasni juga banyak membantu dalam menyiapkan bahan-bahan SURO kali ini, untuk memastikan majlis suro PERAMAH menjadi kenyataan.

Maka detik bersejarah itu bermula….

24 Dis 2012 (5.00 petang – 9.00 malam)

Persiapan Majlis Asyura Ikatan Ukhuwah 2012 (KAWAH)Bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses masak suro pada hari majlis berlangsung, peralatan dan bahan ramuan yang diperlukan telah dihantar ke tempat majlis berlangsung iaitu CASA Ukhuwah Mont Kiara Sri Hartamas sehari sebelum majlis berlangsung. (Banglo besar dan mewah yang terletak di kawasan elit ini adalah ihsan dan sumbangan daripada salah seorang sahabat Peramah yang dermawan, dan ini adalah kali kedua PERAMAH  menggunakan banglo ini selepas acara sambutan Hari Raya AidilFitri yang lalu. Jazakallallahu khaira). Sukarelawan bahagian peralatan, sedang sibuk memasang khemah, menyusun kerusi meja dan tungku dapur kawah serta memastikan majlis keesokannya berjalan lancar.

25 Dis 2012

7.00 – 11.00 pagi.

DSC00346Maka, tibalah hari keramat yang ditunggu-tunggu ini.  Seawal jam 7 pagi, CASA Ukhuwah, mula meriah dengan kehadiran para sukarelawan yang tiba dengan juadah masing-masing sesuai dengan konsep “potluck” terancang.  Sarapan pagi berupa nasi berlauk, laksam, mihun, nasi kerabu dan nasi dagang sungguh membuka selera.

dapur2Sementara menunggu penyediaan awal siap dan kawah dipanaskan, kelihatan  beberapa sukarelawan dan anak-anak mengambil kesempatan untuk bersarapan terlebih dahulu. Di dapur pula, kaum ibu yang kebanyakkannya terdiri daripada isteri Sukarelawan Suro yang sangat “sporting” dan rajin, sedang sibuk menyediakan  ramuan suro yang berbaki seperti memotong keledek, labu, membasuh kekacang  dan sebagainya.

Jam 11.00 pagi – 1.30 petang

bijaksifirSelain dari mengacau Suro dan  aktiviti mandi manda di kolam, pengisian kognitif untuk  anak-anak PERAMAH juga tidak dipinggirkan. Kami menyediakan Slot bijak sifir dikendalikan oleh seorang pakar matematik yang dijemput khas, selama 2 jam. Program ini berjaya mendapat tumpuan dan perhatian anak-anak kerana fasilitator menggunakan kaedah dan pendekatan  yang menarik.

Di halaman banglo, aktiviti mengacau Suro dan menjamu selera terus berlangsung dengan harmoni disulami dengan gelak tawa serta gurau senda sahabat Peramah. kacau suro

Suasana semakin meriah dan ceria. Pendayung kawah pula sering bertukar tangan, bagaikan memahami, memberi laluan sahabat yang lain pula untuk melepaskan lenguh.

cameraPapparazzi Peramah saudara Abd Aziz dan saudara Mamat Ramli sangat sibuk kelihatannya dengan kamera masing-masing di tangan, tidak putus-putus mencari “angle” yang cantik untuk mengambil gambar para hadirin secara spontan.

Telah menjadi tradisi dalam mana-mana majlis. Suasana akan  terasa hambar jika tidak diserikan dengan alunan muzik dan lagu. Lagu-lagu berunsur ketuhanan diputarkan sebagai halwa telinga kepada para tetamu oleh  ‘DJ’ tetap dan berpencen iaitu Mejar Haji Abd Wahab bin Abdullah, yang sememangnya sifu dan pakar  dalam penyediaan siaraya dan audio.DSC00350

Menu hidangan makin penuh di atas meja utama  dengan bertambahnya kehadiran sahabat PERAMAH yang tidak putus-putus  berkunjung ke Casa Ukuhuwah ini.

Lauk pauk yang lazat dan menyelerakan, yang tidak lari dari selera “ore kelate”, yang juga di bawa secara potluck seperti Singgang ikan aya, ulam-ulaman, ikan tawar, budu, ayam masak merah, rendang daging, adalah antara lauk-pauk yang menjadi menu utama untuk sahabat Peramah mengisi perut untuk makan tengahari pada hari itu.

durianTidak cukup dengan itu, suasana semakin meriah apabila Sdr Yusran, Sdr Abd Aziz dan juga Tn Hj Hakimee kembali dari kedai dengan membawa buah 2 bakul durian. Apa lagi, pastinya semua tidak sabar untuk menikmati isi durian yang sememangnya sedap itu, sehinggakan ada sahabat Peramah yang hanya mengopeknya dengan menggunakan tangan sahaja.

Pulut telah pun dimasak di CASA lebih awal untuk dimakan bersama durian dan santan sebagai pelengkap hidangan dan pembasuh mulut pada majlis ini.

Jam 2.00 – 3.00 petang

Selesai solat zohor berjemaah, satu slot istimewa telah diadakan yang dikendalikan oleh Tn Hj NIk Man untuk mengembalikan nostalgia penubuhan Maahad Muhammadi. Beliau telah menyiapkan “slide” khas tentang sejarah kegemilangan Maahad Muhammadi. Pihak PERAMAH begitu berbesar hati dengan komitmen beliau yang telah membantu memeriahkan lagi majlis KAWAH ini dengan maklumat yang begitu berguna terutamanya kepada generasi baru Maahad Muhammadi.

Jam 3.00 – 5.30 petang

utkanakyatimAdunan Suro telah pun pekat dan likat dan diketika ini kelihatan sukarelawan sibuk menyenduk suro yang telah masak untuk dimasukkan dalam bekas  plastik, disejukkan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada anak-anak yatim (memenuhi permintaan hamba Allah sahabat Peramah yang telah memberi sumbangan sebanyak RM1500 untuk majlis KAWAH ini).Terpancar riak kegembiraan di wajah masing-masing  apabila aktiviti mengacau suro telah tamat dan yang penting dapat makan suro yang setahun sekali baru dapat menikmatinya.DSC00419

1st batchSeterusnya majlis diserikan lagi dengan acara mengambil gambar mengikut batch serta gambar bersama pasangan masing-masing. Kehadiran VIP Ustaz Mohd Yusof bin Abu Bakar iaitu, pelajar batch pertama Maahad Muhammadi (1942), bersama isteri beliau telah menambahkan lagi seri majlis KAWAH ini. Kehadiran beliau ternyata telah menyuntik semangat untuk pihak PERAMAH menganjurkan lagi masjlis sebegini di masa-masa akan datang.

Dicelah-celah kesibukan  kami untuk mula berkemas-kemas pulang, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran seorang  ‘DIVA’ MMP, (saya sangat mengaguminya semasa di MMP dulu, tetapi tidak pernah berkesempatan untuk berbicara dengannya walaupun saya bersahabat  rapat dengan adiknya Pn. Ilhaamie). Kemunculan Prof. Dr. Ida Madieha bt Abd Ghani Azmi, atau lebih mesra dipanggil Kak Ida benar-benar kami hargai. Sikapnya yang ‘humble’ dan mudah mesra membuatkan kami selesa dengannya dan apa lagi, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama beliau. TERIMAKASIH KAK IDA KERANA SUDI HADIR DI MAJLIS KAMI.

kakida

Jam 5.30 -6.30 petang

Setelah semuanya selesai, kami mula berkemas, segala juadah kebanyakannya sudah habis di makan. Kerja-kerja pembersihan terus dijalankan bagi memastikan Casa Ukhuwwah cantik dan bersih seperti  sedia kala. Kami cukup bertuah kerana kami diberi seorang pembantu philipino iaitu Helen yang cukup mesra dan rajin. Setelah semuanya selesai  kami pun mula beransur pulang setelah seharian berada disini, bersama kenangan terindah bersama Sahabat Peramah yag hadir.

Syukur dengan izinNya, majlis ini akhirnya berlangsung dengan suasana yang meriah dan harmoni. Sesungguhnya kejayaan tidak akan terhasil tanpa komitmen sahabat-sahabat dan para sukarelawan Peramah  serta semangat persaudaraan  dan setiakawan yang ditunjukkan. Ikatan kemesraan ini boleh dilihat dan dirasa walaupun kami ‘bukan dari satu batch. Adik, kakak dan abang boleh ‘masuk’ berbicara dengan selesa, pasangan dengan pasangan, anak-anak mendapat teman baru. Ketepikan segala status dan kedudukan, apa yang utama ialah kita pada asalnya, punyai guru yang sama, bilik darjah yang sama, kantin yang sama dan uniform yang samq. Sungguh indah nikmat Allah yang mempertemukqn dan menyatukan hati hamba-hambaNya dalam ikatan ukhuwwah fillah.

1stbatch-2Akhir kalam kami Sukarelawan Suro Peramah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat Peramah (tidak mampu kami sebutkan semua nama disini)  yang sudi hadir dan memberi sokongan pada majlis kami, samada terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang sudi melontarkan  idea dan pandangan. Budi baik dan jasa anda semua akan kami kenang sampai bila-bila.

pasangan

Jazaakumullahu Khaira Kathira. Sesungguhnya kenangan manis ini tidak kami lupakan. Semoga kita dapat bersua kembali dalam program-program Peramah yang akan datang…Insya Allah…Illal Liqa’

“Tanpa anda semua siapalah kami”

Hasil Nukilan,

kakita

Rosita Bt Mohd Idris (Kak Ita / cikTa)
SPM 1985/ MMP
Mewakili Semua Sukarelawan SURO Peramah 2012…