{"id":299,"date":"2012-11-08T07:38:31","date_gmt":"2012-11-07T23:38:31","guid":{"rendered":"http:\/\/peramah2012.wordpress.com\/2012\/11\/08\/ciri-ciri-mukmin-yang-berjaya\/"},"modified":"2012-11-08T07:38:31","modified_gmt":"2012-11-07T23:38:31","slug":"ciri-ciri-mukmin-yang-berjaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/yayasanperamah.org\/?p=299","title":{"rendered":"Ciri-ciri Mukmin yang Berjaya"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/peramah2012.files.wordpress.com\/2012\/11\/gambar-kunci-kejayaan1.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignleft size-thumbnail wp-image-305\" title=\"\" alt=\"\" src=\"http:\/\/peramah2012.files.wordpress.com\/2012\/11\/gambar-kunci-kejayaan1.jpg?w=150\" width=\"150\" height=\"133\" srcset=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/gambar-kunci-kejayaan1.jpg 416w, https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/gambar-kunci-kejayaan1-300x266.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 150px) 100vw, 150px\" \/><\/a>Konsep kejayaan ditafsirkan dengan pelbagai persepsi oleh kebanyakan insan, apatah lagi bagi orang-orang yang tidak beriman, yang semata-mata mengejar kejayaan dunia yang bersifat sementara. Seringkali juga kejayaan hanya dikaitkan dengan kemewahan harta benda, pangkat serta darjat semata-mata.<\/p>\n<p>Namun bagi orang-orang Islam yang beriman (Mukminin) hakikat kejayaan mestilah disulami dengan keimanan yang hakiki demi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Siapakah Mukmin yang berjaya? \u00a0Ciri-ciri Mukmin yang berjaya ini telah\u00a0dihuraikan dalam ayat 1-11, Surah Al-Mukminin sebagaimana berikut:<\/p>\n<p><b><em><a href=\"http:\/\/peramah2012.files.wordpress.com\/2012\/11\/surah-al-muminuun.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-310 alignright\" alt=\"\" src=\"http:\/\/peramah2012.files.wordpress.com\/2012\/11\/surah-al-muminuun.jpg?w=300\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/surah-al-muminuun.jpg 450w, https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/surah-al-muminuun-300x225.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/em><\/b><\/p>\n<p><em>&#8220;Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani&#8221;<\/em><\/p>\n<ol>\n<li><em>Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman<\/em><\/li>\n<li><em>Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;<\/em><\/li>\n<li><em>Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;<\/em><\/li>\n<li><em>Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);<\/em><\/li>\n<li><em>Dan mereka yang menjaga kehormatannya,<\/em><\/li>\n<li><em>Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:<\/em><\/li>\n<li><em>Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;<\/em><\/li>\n<li><em>Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;<\/em><\/li>\n<li><em>Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;<\/em><\/li>\n<li><em>Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-<\/em><\/li>\n<li><em>Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.<\/em><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong><!--more-->Huraian ayat 1- 11, surah Al-Mu\u2019minuun<\/strong><\/p>\n<p><strong><i>Ayat 1<\/i><i> \u2013 Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman<\/i><\/strong> iaitu orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya.<\/p>\n<p><strong><i>Ayat 2<\/i><i> \u2013 Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya<\/i><\/strong> &#8211; sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati.<\/p>\n<p><strong>Ayat 3 dan 4<\/strong> \u2013 Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat.<\/p>\n<p><strong><i>Ayat 5 dan 6 \u2013<\/i> <i>Dan mereka yang menjaga kehormatannya<\/i><\/strong> yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan (gundik), yang berasal dari tawanan \u201cPerang Sabil\u201d yang berlaku di antara orang-orang islam dengan orang-orang kafir yang menceroboh.<\/p>\n<p><strong><i>Ayat 7<\/i><i> &#8211;<\/i><\/strong> Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang yang melanggar larangan Allah.<\/p>\n<p><strong><i>Ayat 8 \u2013 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya<\/i><\/strong> &#8211; yakni orang-orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya; kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w).<\/p>\n<p><strong><i>Ayat 9 \u2013 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang<\/i><i> &#8211;<\/i><\/strong> yakni yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5 waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu juga bagi orang yang sakit.<\/p>\n<p><strong><i>Ayat 10 dan 11<\/i><i> &#8211;<\/i><\/strong> Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaik-baik balasan di dalam syurga \u201cJannat\u2019ul-Firdaus\u201d.<\/p>\n<p><b><br \/>\n<\/b><strong>Ciri-ciri yang terdapat pada setiap individu bagi orang-orang beriman \u00a0iaitu sebagamana yang diterangkan di dalam Surah Al-Mu\u2019minuun:<\/strong><\/p>\n<p>1) Khusyuk dalam sembahyang<\/p>\n<p>2) Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia<\/p>\n<p>3) Orang yang menunaikan zakat.<\/p>\n<p>4) Orang yang menjaga kehormatannya.<\/p>\n<p>5) Orang yang menjaga amanah<\/p>\n<p>6) Orang yang menepati janjinya.<\/p>\n<p>7) Orang yang memelihara sembahyangnya.<\/p>\n<p><strong>Pengajaran dalam ayat 1 \u2013 11 surah Al-Mu\u2019minuun<\/strong><\/p>\n<p>Menerusi surah Al-Mu\u2019minuun ayat 1- 11, terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk menjadi muslim dan muslimah yang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah s.w.t. Diantaranya ialah sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk. Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya. Allah sesekali tidak membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di dunia dan di akhirat. Sebagai pengajarannya, orang yang khusyuk dalam sembahyang hatinya akan meninggalkan segala lintasan dunia. Segala perhatian dalam sembahyang hendaklah tertumpu kepada menunaikannya dengan baik. Sembahyang dengan hati yang lalai atau tanpa khusyuk adalah tidak memberi apa-apa manfaat.<\/p>\n<p>Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita. Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi.<\/p>\n<p>Sebagai muslim kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela, melampaui batas dan melanggar larangan Allah s.w.t.<\/p>\n<p>Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti menjaganya dengan sebaik mungkin, jangan sesekali mengkhianati amanah tersebut dan haruslah menyerahkan kembali kepada tuannya. Begitu juga jika kita berjanji, kita harus menunaikan dan menepati janji tersebut.\u00a0 Untuk mewarisi syurga \u201cjannat\u2019ul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman yang berjaya dan\u00a0 bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.<\/p>\n<p>________________<\/p>\n<p><em><strong>RUJUKAN:<\/strong><\/em><\/p>\n<ol start=\"1\">\n<li><em>Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil (2007),\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Al\u2014Quran Rasm Uthmani, Bertajwid dan Disertai Makna, Jilid 6, Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.<\/em><\/li>\n<li><em>Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (1995) Cetakan keenam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.<\/em><\/li>\n<\/ol>\n<p><em>(Moga-moga Allah merahmati penulis asal artikel ini yang tidak dapat dikenal pasti, hasil perkongsian dari internet, Ameen)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Konsep kejayaan ditafsirkan dengan pelbagai persepsi oleh kebanyakan insan, apatah lagi bagi orang-orang yang tidak beriman, yang semata-mata mengejar kejayaan dunia yang bersifat sementara. Seringkali juga kejayaan hanya dikaitkan dengan kemewahan harta benda, pangkat serta darjat semata-mata. Namun bagi orang-orang Islam yang beriman (Mukminin) hakikat kejayaan mestilah disulami dengan keimanan yang hakiki demi meraih kejayaan &hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-299","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-kalam-ilahi","latest_post"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=299"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/299\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}