{"id":1082,"date":"2013-04-12T04:35:25","date_gmt":"2013-04-12T04:35:25","guid":{"rendered":"http:\/\/yayasanperamah.org\/?p=1082"},"modified":"2013-04-12T04:52:32","modified_gmt":"2013-04-12T04:52:32","slug":"guru-sebagai-pemudahcara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/yayasanperamah.org\/?p=1082","title":{"rendered":"GURU SEBAGAI PEMUDAHCARA"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2013\/04\/guru1.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignleft size-full wp-image-1083\" alt=\"guru1\" src=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2013\/04\/guru1.jpg\" width=\"278\" height=\"181\" \/><\/a>Peranan\u00a0 guru di dalam pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan atau untuk diukur dengan nilai wang ringgit. Tugas yang digalas guru belum tentu mampu dibawa oleh orang lain yang merasakannya begitu mudah dan senang jika dibanding dengan sesetengah kerjaya yang lain. Bergelar sebagai guru \u00a0perlu berdepan dengan pelbagai perkara dari hal berkait pentadbiran, ibu bapa dan sudah pasti yang paling utama adalah pelajar. Memperkatakan tentang pelajar, mereka ini terdiri dari pelbagai latarbelakang, tahap IQ, minat belajar, masalah-masalah semasa dan lain-lain. Ada pelajar baik terdiri dari kalangan yang cemerlang, sederhana dan juga yang lemah. Dengan pelbagai lapisan tahap pelajar maka guru merupakan pemangkin kepada pemudahcara bagi pelajar mendapat, memahami dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Pendekatan guru dalam teknik menyampaikan pelajaran dan juga segala ilmu kepada para pelajar perlu melalui cara yang berhikmah.<\/p>\n<p>Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuaian tahap pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa diperuntukan untuk pengajaran (time for instruction). Peranan guru adalah penting dalam mendidik anak didiknya iaitu sebagai pendidik, pemudahcara atau fasilitator. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang tidak pandai mendidik atau mengajar akan\u00a0 menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu\u00a0 konsep atau\u00a0 sesuatu kemahiran, malah ianya akan menyebabkan pengajaran guru\u00a0 akan membosankan, pelajar pelajar tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau\u00a0 pelajar-pelajar tidak mahu\u00a0 masuk\u00a0 ke\u00a0 kelas. Oleh itu amalan pengajaran-pembelajaran guru yang berkesan penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung \u00a0itu berkesan.<\/p>\n<p>Sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&amp;P) akan dianggap berkesan jika seseorang guru berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami\u00a0 isi\u00a0 kandungan yang\u00a0 hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar\u00a0 menerima\u00a0 pelajaran, memberi motivasi kepada\u00a0 pelajar supaya\u00a0 belajar\u00a0 bersungguh-sungguh, dapat\u00a0 mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain pengajaran dan pembelajaran yang\u00a0 berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan dan dapat memotivasikan\u00a0 pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/M02.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-888\" alt=\"M02\" src=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/M02-300x223.jpg\" width=\"300\" height=\"223\" srcset=\"https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/M02-300x223.jpg 300w, https:\/\/yayasanperamah.org\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/M02.jpg 800w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a>Perlu guru-guru sedari mungkin untuk memaham sesuatu bidang ilmu dirasakan mudah bagi guru namun tidak bagi pelajar terutama bagi pelajar dari tahap sederhana mahupun yang lemah. Guru perlu ada dalam situasi mereka untuk merasa dan mencari idea bagaimana untuk memudahcara sesuatu pelajaran yang disampaikan bagi pelakar dapat memahami\u00a0 isi pelajaran atau memberi kefahaman kepada apa yang dipelajari. Pelajar sebegini perlu didekati oleh guru dan bukan hanya melepaskan marah atau geram kepada pelajar atas sebab lambat memahami atau dikatakan sebagai \u2018slow learner\u2019. Kesabaran seorang guru dalam mendidik pelajar yang sebegini menjadi cemerlang dan lahir sebagai tokoh yang hebat baik dalam apa saja lapangan tiada harga dan nilai balasannya. Ibarat guru yahng mengajar di kelas corot dan guru yang mengajar di kelas paling cemerlang, manakah pilihan anda? Sudah pasti ramai yang memilih untuk mengajar di kelas yang cemerlang, kerana ini kita sedari mengajar di kelas corot bukan setakat untuk memahamkan mereka isi pelajaran bahkan guru juga perlu memupuk semangat dan kekuatan untk belajar menarik minat belajar dikalangan pelajar. Bagi pelajar yang lemah adakala mereka merasa putus asa untuk belajar kerana kesusahan memahami pelajaran menyebabkan minat dan semangat\u00a0 belajar mereka menurun. Namun perlu kita sedari, tidak semua pelajar di kelas tercorot tidak minat belajar, tetapi mereka ini perlu diberi kekuatan, semangat, cara belajar yang mudah difahami dan sudah pasti cara yang baik dan jitu untuk mereka mampu bersaing dengan pelajar yang lebih cemerlang.<\/p>\n<p>Pengalaman seorang pelajar penulis berkongsi pengalaman bagaimana beliau tidak tahu membaca sewaktu di sekolah rendah, namun akhitrnya bila mendapat guru yang boleh menjadi pembimbing dan pemudah cara hasilnya beliau mampu membaca sewaktu ditingkatan satu dan akhirnya berjaya juga ke universirti.\u00a0 Sebagai guru, tidakkah kita merasa bangga jika ramai insan yang sebegini mampu kita bantu, dorong dan jayakan sehingga mereka mampu kemercu kejayaan. Memang betul, kejayaan itu bersifat subjektif, tetapi menjayakan pelajar yang tidak mampu mengenal huruf\u00a0 hingga mereka mampu berjaya ke puncak menara gading adalah jasa yang tidak terbilang oleh guru. Oleh itu berusahalah para guru agar kita mampu menjadi guru yang boleh menjadi pemudahcara kepada pelajar dengan menyalurkan cara, kaedah atau teknik mengjar yang pelbagai bersesuaian dengan pelbagai lapisan tahap dan latarbelakang pelajar.<\/p>\n<p>Amalan pengajaran guru yang berkesan bermakna guru berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran\u00a0 atau aras\u00a0 pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar dan dapat memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk diaplikasikan sewaktu P&amp;P antaranya kaedah &#8220;jigsaw&#8221; iaitu satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar serta dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif terbukti keberkesanannya. Kaedah &#8220;jigsaw&#8221; ini menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil, iaitu: pergantungan secara positif,\u00a0tanggungjawab, \u00a0interaksi secara terus (bertentang mata), mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian dan penilaian kendiri secara berterusan.<\/p>\n<p>Pelbagai cara boleh diketengahkan oleh guru di mana guru sendiri perlu sentiasa giat berusaha mencari idea-idea serta menjana kreativiti supaya mampu mnemberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan cemerlang. Selain itu guru perlu meletakkkan kepercayaan kepada pelajar serta menanam tekad seumpama peribahasa yang sering disebut \u00a0<em>\u201cbelakang parang jika jika di asah pasti akan tajam&#8221;<\/em>, maka begitu juga manusia. Jika diasuh, dibimbing\u00a0 dan diajar pasti mereka akan lahir sebagai insan terbilang. Sahutlah cabaran sebagai pendidik yang tugasnya penuh cabaran membina insan \u00a0tidak sebagai mana yang dilihat. Namun berbekal kesabaran dan semangat untuk berjuang demi bangsa pasti akan berhasil.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b><i>Sakinah Salleh<br \/>\n<\/i><\/b><b><i>Kaunselor\/Perunding Motivasi<\/i><\/b><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peranan\u00a0 guru di dalam pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan atau untuk diukur dengan nilai wang ringgit. Tugas yang digalas guru belum tentu mampu dibawa oleh orang lain yang merasakannya begitu mudah dan senang jika dibanding dengan sesetengah kerjaya yang lain. Bergelar sebagai guru \u00a0perlu berdepan dengan pelbagai perkara dari hal berkait pentadbiran, ibu bapa dan &hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19],"tags":[20,12],"class_list":["post-1082","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-pendidikan","tag-guru","tag-motivasi","latest_post"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1082","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1082"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1088,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1082\/revisions\/1088"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/yayasanperamah.org\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}