PERUTUSAN PENGARAH URUSAN YAYASAN PERAMAH 2020

‏اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan limpah kurnia-Nya yang tidak terhingga kepada kita hari ini. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasul-Nya Muhammad SAW sebagai pembawa obor hidayah kepada manusia sejagat.

Yayasan PERAMAH kini telah menjangkau usia sembilan tahun penubuhannya sejak tahun 2011. Sejak beberapa tahun lepas, Yayasan PERAMAH bergerak merentasi sempadan negeri dan negara seperti menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi pada tahun 2018 dan di Riau, Indonesia dan sumbangan kepada warga Palestin.

Gerak kerja dan daya usaha tersebut memerlukan kesungguhan yang jitu, komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada Sukarelawan Yayasan PERAMAH dengan para aktivis masyarakat setempat dan penyumbang dana. Semoga segala pengorbanan yang diberikan oleh Sukarelawan Yayasan PERAMAH mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

Saya juga ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Sukarelawan Yayasan PERAMAH yang sentiasa peka, responsif dan proaktif dalam menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada masyarakat baik dalam negara mahupun di luar negara terutamanya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung mulai 18 Mac yang lalu sehingga hari ini. Penghargaan juga saya rakamkan juga kepada pihak NGO dan pelbagai agensi kerajaan yang banyak membantu usaha kami selama ini.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua dikurniakan rahmah dan barakah oleh Allah dalam melaksanakan kewajipan terhadap diri sendiri, ahli keluargaa, masyarakat dan ummah.

Sekian, terima kasih.

“Ukhuwah Dibina, Ilmu Ditimba, Kebajikan Dicakna”

Dr. Nik Mohd Zaim Ab Rahim
Pengarah Urusan
Yayasan Peramah