JEMPUTAN RASMI KE PROGRAM UKHUWWAH PERANTAU D’AIDILFITRI
Anjuran: Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Di Kuala Lumpur
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
TENTATIF PROGRAM: Bermula jam 1100, kehadiran adik beradik akan disambut dengan pendaftaran, kemudian adik beradik anak beranak akan diminta ke sudut bergambar untuk sesi fotografi satu keluarga (sementara pakaian masih cantik sebab baru sampai….hehehehe). Selepas bergambar, tuan-tuan dan puan-puan dijemput menikmati juadah yang disediakan sambil berborak mesra dengan rakan-rakan lama.
KEMUDAHAN DI LOKASI: Kolam renang, bilik rehat untuk menyusu anak/tukar pakaian/mandi/anak2 nak tidur dan sebagainya.
LAIN-LAIN MAKLUMAT:
1. Kepada adik beradik yang berhasrat nak menyumbang dalam bentuk kewangan bagi membantu membiayai program ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam tabung yang akan disediakan di meja pendaftaran (seikhlasnya).
2. Adik beradik di KL yang mengambil tanggungjawab untuk jjadi jongkako boleh dihubungi melalui talian berikut: Ramlah Hamad (0192412422), Sakinah Salleh (0193353648) Noor Zahrawany Salleh (0133922413), Abd Abdul Aziz Mohamed (0132092698), Hj Ab Hakimee Abdullah (0192754924) dan Mayor Wahabi Abdullah (0196511335).
