Majlis Asyura Pengikat Ukhuwah 2012 (KAWAH)

Assalamualaikum warga PERAMAH yang dirahmati Allah,

suroAlhamdulillah, Sukarelawan PERAMAH telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan satu lagi aktiviti ukhuwah kita sebagaimana berikut:

Nama aktiviti : MAJLIS ASYURA PENGIKAT UKHUWAH 2012 (KAWAH)
Tarikh              :  25 DISEMBER 2012
Masa                : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat           : RUMAH REHAT CASA UKHUWAH MONT KIARA

Program ini berkonsepkan gotong royong memasak bubur asyura. Semua sahabat PERAMAH dialu-alukan hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Maklumat lanjut berkenaan majlis ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui blog ini dan juga FB PERAMAH.

JOM BERUKHWAH!

Salam,

Sukarelawan, Peramah