1. Misi Sumbangan Pasca Banjir bersama YP yang disampaikan oleh sukarelawan sahabat Peramah di Kelantan yang telah turun padang pada 9 Jan 2015. Sumbangan diagihkan di sekitar Kg Batu Garam & Kg Jerangau, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Terima kasih kepada semua dermawan dan sukarelawan.
2. Misi mengangkut air dari Lata Rek untuk mengisi air tangki surau di Kg Budi oleh wakil Sukarelawan YP. Air juga telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kg Manik Urai Lama yang sangat memerlukan air. Alhamdulillah. Antara kawasan yang dilawati wakil sukarelawan YP dalam misi bantuan banjir tersebut ialah Kg Bekok, Kg Tualang, Kg Lata Rek, Kg Manjor, Kg Budi, Kg Manik Urai Lama & Manik Baru.
3. Misi bantuan Pasca Banjir hasil sumbangan sahabat dan sukarelawan YP di Guchil.
4. Penyerahan sumbangan wang tunai untuk pelajar yang kurang mampu di MMP. Sumbangan wang tunai ini telah diserahkan kepada pihak sekolah MMP oleh Timbalan Pengarah YP Puan Dr. Siti Zubaidah Ismail, mewakili pihak YP.
5. Program retreat Sukarekawan Yayasan Peramah (SUP) bersama ahli keluarga telah berlangsung dengan jayanya pada 7-8 Mac 2015, di D’Ark Resort, Janda Baik. Beberapa aktiviti anjuran YP juga sedang diatur demi meneruskan misi dan visi YP.
YP: Ukhuwah dibina, Ilmu ditimba, Kebajikan dicakna.
6. Majlis Iftar YP bersama para asnaf.Majlis Iftar bersama asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan juga ibu tunggal anjuran bersama Yayasan Peramah dengan salah satu syarikat korporat di Putra Heights telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2015. Timbalan Pengarah YP Puan Dr Siti Zubaidah Ismail, mewakili YP telah hadir menyampaikan sumbangan wang tunai kepada para asnaf dan seterusnya turut iftar bersama-sama para hadirin. Seramai 68 orang asnaf dari sekitar Kg Padang Jawa telah hadir di majlis iftar tersebut.
7. Majlis Tadarrus Al Quran, Iftar dan penyampaian sumbangan kepada Muallaf Jajahan Kuala Krai pada 6 Jul 2015, anjuran JHEIK dan YP.