Jutaan Terima Kasih…

YP-rasmiKami daripada pihak urusetia Yayasan PERAMAH, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mahabbah Aidilfitri pada 31 Ogos 2013 yang telah berlangsung dengan jayanya di K Klub, Taman Melawati.

Terima kasih kepada semua bekas pelajar Maahad Muhammadi atau sahabat PERAMAH yang telah sudi hadir memeriahkan majlis ini. Kepada yang tidak dapat hadir,  terima kasih juga atas sokongan kepada aktiviti YP dan kami berharap agar kita dapat berjumpa dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Sila layari video sekitar majlis Mahabbah Aidilfitri ini di sini:
https://yayasanperamah.org/?page_id=847

Laporan penuh mengenai Majlis ini akan menyusul nanti.

Salam Hormat,

Urusetia YP
@YayasanPeramah