
Pada 27 Jun 2013 yang lepas Yayasan PERAMAH telah menyumbangkan RM300 kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 21 Jun 2013 di Amman Jordan. Kemalangan tersebut melibatkan 5 orang pelajar Malaysia, seorang daripadanya Puan Humairak Binti Ibrahim, pelajar tahun 3 Universiti Yarmuk dalam jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam, yang merupakan bekas pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Disebabkan kemalangan tersebut, Puan Humairak telah mengalami kecederaan dan keguguran kandungan yang berusia 8 bulan. Suami Puan Humairak yang berasal dari Kuala Lumpur yang juga merupakan pelajar di Universiti yang sama juga terlibat di dalam kemalangan tersebut. Mereka dirawat di Hospital Queen Rania Abdullah, Jordan. Seorang pelajar telah meninggal dunia akibat dari kemalangan tersebut.
