Mesyuarat Kali Pertama Sukarelawan Yayasan PERAMAH

Mesyuarat Pertama YPPada hari Ahad, 7 April 2013, telah berlangsung mesyuarat kali pertama Sukarelawan Yayasan PERAMAH, bertempat di pejabat operasi Yayasan PERAMAH, Gombak, dipengerusikan oleh Pengerusi Yayasan PERAMAH iaitu Prof. Dr. Md Ashraf Md Hashim. Beliau telah memulakan mesyuarat dengan memberi kata-kata perangsang kepada semua sukarelawan PERAMAH supaya dapat berkhidmat menggerakkan Yayasan PERAMAH sebagai salah satu cara untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

sijilYPMesyuarat yang berlangsung selama hampir empat jam, bermula jam 10.00 pagi, ini dihadiri oleh semua lapan belas (18) orang Sukarelawan PERAMAH (SUP). Mesyuarat kali ini turut menyaksikan penyerahan Sijil Pemerbadanan PERAMAH sebagai Yayasan oleh Setiausaha YP, iaitu Saudara Abdul Aziz Mohamed kepada Prof. Dr. Ashraf Md Hashim selaku Pengerusi Yayasan PERAMAH.

Mesyuarat telah meluluskan beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar pengurusan Yayasan PERAMAH dan juga perjawatan empat Lajnah utama yang akan menjadi penggerak
 utama kepada semua aktiviti anjuran Yayasan PERAMAH iaitu:

1) Lajnah Kebajikan dan Komuniti
2) Lajnah Pembangunan Insan
3) Lajnah Ekonomi
4) Lajnah Komunikasi dan Multimedia

mtgYP2Mesyuarat juga telah membincangkan beberapa aktiviti terdekat yang akan dilaksanakan oleh Yayasan PERAMAH seperti Majlis Pelancaran Yayasan PERAMAH, Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku bersama DBP dan Cakna Umat di Lorong Gelap bersama Yayasan SALAM.







 Maklumat lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Mesyuarat yang berlangsung dengan penuh harmoni itu telah menjadi titik tolak bermulanya perjuangan Yayasan PERAMAH untuk menabur bakti ke arah mencapai objektif penubuhan Yayasan itu sendiri.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang.