Makluman: PERAMAH kini dikenali sebagai Yayasan Perantau Maahad Muhammadi (YAYASAN PERAMAH)

Logo YP2Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Perantau Maahad Muhammadi (PERAMAH) akhirnya telah mendapat kelulusan pendaftaran sebagai sebuah organisasi yang rasmi, yang didaftarkan di bawah Yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Perantau Maahad Muhammadi (Yayasan PERAMAH), pada 22 Mac 2013.

Bermula saat ini, dengan kerjasama para sukarelawan yang ada, Yayasan PERAMAH  akan meneruskan misi dan visinya untuk mencapai matlamat penubuhannya dengan lebih kemas dan terancang. Sokongan padu daripada semua lepasan pelajar Maahad Muhammadi adalah dialu-alukan demi menjayakan misi bersama Yayasan PERAMAH ini. Segala maklumat lanjut mengenai penubuhan Yayasan PERAMAH boleh dilayari di ruangan “Kenali Kami“.

 

Sehubungan dengan ini, pihak urusetia Yayasan PERAMAH ingin mengucapkan AHLAN WASAHLAN dan Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi Yayasan PERAMAH. Bersempena dengan kelulusan PERAMAH sebagai sebuah Yayasan ini, sukarelawan PERAMAH telah berusaha untuk menaiktaraf dan memperbaiki mutu laman sesawang PERAMAH sebelum ini.

Semoga laman sesawang yang baru ini akan berperanan dengan lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat dan memperkenalkan Yayasan PERAMAH khususnya kepada Bekas Pelajar Maahad Muhammadi dan masyarakat umum dengan lebih berkesan. Kami mengalu-alukan sebarang pandangan dan buah fikiran untuk terus memperbaiki mutu laman sesawang kita ini.

DI Yayasan PERAMAH, Ukhuwah Dibina, Ilmu Ditimba, Kebajikan Dicakna.