SAHABAT PERAMAH (SAP)

Yayasan PERAMAH (YP) mengalu-alukan bekas pelajar MMKB untuk berdaftar sebagai Sehabat PERAMAH (SAP). Tujuan mewujudkan SAP adalah bagi memudahkan YP mengenalpasti bekas pelajar MMKB yang berminat untuk mengikuti aktiviti YP, seterusnya memudahkannya merancang dan menguruskan aktiviti yang bersesuaian untuk SAP yang terdiri daripada pelbagai usia serta latar belakang.

PENDAFTARAN SAP

A) Keistimewaan SAP:

1) Dapat mengikuti semua aktiviti YP yang dianjurkan untuk SAP
2) Menerima maklumat / hebahan mengenai YP dari masa ke semasa.
3) Layak untuk dinaiktaraf sebagai pemegang kad Privilege YP

*Keistimewaan kad Privilege YP:

priv.kad1) Mendapat potongan harga bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rakan Niaga PERAMAH (RNP)
2) Mendapat potongan harga bagi mengikuti aktiviti beryuran yang dianjurkan oleh YP
3) Perlindungan Takaful Berkelompok

* Kad Privilege Sahabat PERAMAH hanya akan dikeluarkan kepada SAP yang telah berdaftar dan berminat untuk menikmati manfaat yang ditawarkan oleh YP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang akan dimaklumkan oleh YP kelak. 

B) Syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai SAP:

SAP hanya boleh dipohon oleh lepasan pelajar MMKB iaitu Maahad Muhammadi Lelaki Jalan Pengkalan Chepa dan Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau.

C) Cara-cara Pendaftaran SAP:

1) Pendaftaran boleh dilakukan secara PERCUMA dengan memuat turun borang pendaftaran melalui link berikut:

Muat turun borang pendaftaran SAP

PENDAFTARAN RAKAN NIAGA PERAMAH (RNP)

Selain daripada itu, SAP yang menjalankan perniagaan sendiri berpeluang untuk mendaftar sebagai RNP. Pendaftaran sebagai RNP akan  tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh YP.

A) Keistimewaan RNP:

1) Dapat meluaskan lagi pasaran produk dan perkhidmatan mereka kepada SAP, melalui pakej pemasaran dan pengiklanan yang ditawarkan oleh YP kelak.
2) Berpeluang untuk  berkenalan dengan ramai RNP serta dapat meningkatkan lagi rangkaian bisness (Business Networking).
3) Dapat berkongsi pengalaman dan idea sesama RNP yang menceburi pelbagai cabang bidang bisnes.
4) Berpeluang memberi sumbangan kepada SAP dengan potongan harga yang istimewa.

B) Syarat-syarat kelayakan untuk menjadi RNP:
1) Mestilah berdaftar sebagai SAP.
2) Mempunyai perniagaan sendiri.
3) Dapat memberi tawaran istimewa kepada SAP.
4) Bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh YP.

C) Cara-cara pendaftaran RNP

1)  Pendaftaran RNP adalah PERCUMA, dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan dan menghantarkannya kepada YP melalui  faks (+ 603 5192 2189) atau email kepada info@yayasanperamah.org. Sila muat turun borang pendaftaran dan terma dan syarat RNP di sini:

a) Borang pendaftaran RNP
b) Terma dan syarat RNP

3) Sila maklumkan kepada pihak urusetia untuk pengesahan penerimaan borang pendaftaran.
4) RNP akan diberikan no pendaftaran RNP yang sah dalam tempoh (tiga) hari bekerja melalui emel.

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan pendaftaran SAP dan RNP, sila hubungi pihak urusetia YP.